Cari:
Kerjasama China, Belgium Jadi Contoh Pertukaran China-EU
2017-01-18 15:11:56 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Belgium merupakan salah satu negara Kesatuan Eropah (EU) yang menjalinkan hubungan diplomatik paling erat dengan China.

China bersedia untuk memupuk rasa saling mempercayai dalam politik dengan Belgium bagi memastikan perkembangan hubungan bilateral berada di landasan yang betul.

Presiden China, Xi Jinping berkata demikian ketika bertemu dengan Raja Belgium, Philippe Leopold Louis Marie di Davos, Switzerland pada 17 Januari lalu.

Menurut Xi Jinping, China juga akan memperluas kerjasama pragmatik dengan Belgium dalam industri perkilangan berteknologi tinggi, rawatan dan bioperubatan, perkhidmatan moden dan pembangunan mapan pada masa depan.

Raja Belgium pula berkata, baginda berasa sangat berbesar hati kerana China amat mementingkan kedudukan Belgium sebagai "jantung Eropah" dan menganggap kerjasama antara kedua-dua negara sebagai contoh bagi kerjasama dan pertukaran China-EU.

Negaranya bersedia untuk bekerjasama dengan China bagi mendorong integrasi benua Eropah pada masa depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China