Cari:
Xi Jinping dan Joseph Biden Bertemu di Davos
2017-01-18 11:32:35 CRI Cetak

Dalam pertemuan itu, Presiden Xi meminta Biden menyampaikan ucapan selamat maju jaya kepada mantan Presiden AS, Barack Obama, di samping menyanjungi sumbangan Biden dalam usaha menggalakkan hubungan China-AS serta persefahaman dan persahabatan rakyat kedua-dua negara.

Presiden Xi menyatakan bahawa sejak terjalinnya hubungan diplomatik pada 38 tahun yang lalu, walaupun telah mengalami tempoh kesukaran, hubungan China-AS terus berkembang, khususnya sejak beliau dan Presiden Obama bersepakat untuk membina hubungan negara besar baharu antara kedua-dua negara.

Atas usaha bersama itu, hubungan bilateral berkembang mengikut arah yang tepat serta mencapai hasil yang memberangsangkan, terutamanya perdagangan dan pelaburan dua hala, serta pertukaran lawatan rakyat kedua-dua pihak telah mencipta rekod baharu.

Presiden Xi menegaskan bahawa rakyat kedua-dua negara dan rakyat seluruh dunia perlu sama-sama diberi perhatian, di samping memastikan hubungan kerjasama yang stabil dalam jangka masa panjang.

Biden menyampaikan tahniah kepada Presiden Xi kerana menyampaikan ucapan yang mengagumkan dalam majlis perasmian WEF dan menganggap perkembangan dan kemakmuran AS dan China amat penting kepada dunia.

AS berharap agar kedua-dua negara dapat terus menyuburkan rasa saling mempercayai, selain memperluas kerjasama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China