Cari:
Xi Jinping: Pelbagai Negara Diseru Terlibat dalam Komuniti Berkongsi Nasib
2017-01-19 10:55:31 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Pelbagai negara di dunia diseru agar terlibat dalam usaha pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan demi mewujudkan dunia yang kekal damai, selamat, makmur, terbuka dan inklusif.

China tetap berpegang teguh kepada prinsip yang menyokong kesamaan hak wilayah kedaulatan, di samping menggalakkan kesamarataan hak, peluang dan peraturan diwujudkan di pelbagai negara di seluruh dunia.

Presiden China, Xi Jinping menyatakan demikian dalam ucaptama yang berjudul "Bersama Membentuk Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan" yang disampaikan ketika menghadiri mesyuarat peringkat tinggi "bersama membincangkan dan membentuk komuniti berkongsi nasib" yang telah diadakan di Palace of Nations, Geneva pada 18 Januari lalu.

Xi Jinping berkata, sebagai negara pengasas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), China aktif terlibat dalam dialog dan rundingan isu nuklear Iran dan isu Syria bagi mendorong isu-isu tersebut dapat diselesaikan melalui saluran politik.

China akan terus mempertahankan dan menggalakkan peranan utama PBB dalam hal ehwal antarabangsa pada masa hadapan.

Tambah Xi, Tabung Kedamaian dan Pembangunan China-PBB telah beroperasi secara rasmi pada ketika ini.

China akan memanfaatkan dana yang diperoleh daripada tabung tersebut untuk pelbagai program keamanan dan pembangunan yang disarankan oleh PBB dan agensi-agensi antarabangsa Geneva yang lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China