Persiapan untuk temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk 2020 merupakan tugas utama China dalam tempoh beberapa tahun yang akan datang.
China akan bekerjasama dengan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) untuk menjayakan Sukan Olimpik yang hijau, terbuka, telus dan bersih.
Presiden China, Xi Jinping berkata demikian ketika bertemu dengan Presiden IOC, Thomas Bach di Muzium Olimpik Antarabangsa Lausanne, Switzerland semalam.
Tegas Xi, China amat mementingkan perkembangan Olimpik dan berharap dapat mengambil peluang sempena penganjuran Sukan Olimpik Musim Sejuk kali ini untuk menggalakkan lebih banyak rakyat China melibatkan diri dalam aktiviti fizikal.
Mengadakan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2020 Beijing dengan jayanya diyakini dapat merancakkan pertumbuhan ekonomi China dan negara-negara di sepanjang "Jalur dan Laluan" (B&R).
Thomas Bach berkata, masyarakat antarabangsa amat menanti-nantikan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2020 di Beijing dan IOC bersedia untuk berusaha bersama-sama dengan Jawatankuasa Penganjuran Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing bagi memastikan kerja-kerja persiapan berjalan dengan lancar.