Cari:
Xi Jinping Kunjungi WHO
2017-01-19 11:41:52 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping telah mengunjungi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) serta bertemu dengan Setiausaha Agung WHO, Margaret Chan di Geneva semalam.

Presiden Xi menyatakan bahawa China sentiasa meletakkan rancangan kesihatan dalam strategi pembangunan negara.

China telah membina jaringan perubatan asas yang skalanya terbesar di dunia, di samping menggubal Rancangan Kesihatan China 2030.

China mengalu-alukan sokongan WHO untuk terus memberikan bantuan profesional kepada usaha China tersebut.

Xi Jinping menegaskan bahawa WHO merupakan agensi khas PBB yang paling berpengaruh dalam bidang kesihatan, dan telah memainkan peranan sebagai peneraju dalam program kesihatan dunia.

Kerjasama antara China dengan WHO boleh dikatakan contoh yang baik bagi seluruh dunia.

China menyambut baik tindakan WHO untuk mengambil bahagian dalam inisiatif Jalur dan Laluan (B&R) bagi membangunkan "jalan sutera yang sihat".

Selain itu, China bersedia untuk meningkatkan koordinasi dengan WHO dalam melaksanakan Agenda Pembangunan Mapan 2030 dan memberikan bantuan kepada negara membangun serta bersama-sama menyumbang tenaga demi pembangunan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Dalam pertemuan itu, Margaret Chan menganggap China telah memberikan sumbangan yang penting kepada program kesihatan sejagat dan usaha WHO.

Pihaknya menyanjung tinggi rancangan kesihatan China serta akan terus menyokong kerajaan China untuk mengintensifkan pembaharuan perubatan dan kesihatan.

WHO bersedia untuk meningkatkan kerjasama dengan China dalam rangka B&R bagi meningkatkan tahap kesihatan negara-negara yang terlibat dalam B&R.

Selepas pertemuan itu berakhir, kedua-dua pemimpin telah bersama-sama menyaksikan penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Republik Rakyat China dengan WHO dalam Kerjasama Kesihatan B&R.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China