Cari:
Xi Jinping Bertemu dengan Pemimpin PBB
2017-01-19 14:04:22 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping ketika bertemu dengan Pengerusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ke-71, Peter Thomson dan Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres di Geneva semalam, menegaskan bahawa China sentiasa mengamalkan dasar multilateral, mempertahankan prinsip dan piagam PBB, di samping menyokong PBB memainkan peranan yang lebih penting dalam usaha memelihara keamanan dunia dan menggalakkan pembangunan bersama.

Tegas Presiden Xi, tujuan China mengemukakan inisiatif Jalur dan Laluan (B&R) adalah untuk berkongsi peluang dan hasil pembangunan dengan pelbagai negara.

Thomson dan Guterres menyatakan bahawa iltizam kerajaan China dalam pelaksanaan dasar multilateral telah mendapat penghargaan yang tinggi daripada masyarakat antarabangsa.

Tindakan tersebut merupakan satu jaminan kepada PBB dan dasar multilateral.

PBB bersedia untuk bersama-sama dengan China bagi menggalakkan kedamaian dan pembangunan dunia dan mewujudkan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China