Cari:
Ucapan Presiden Xi Dapat Penghargaan
2017-01-20 15:06:33 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping telah menyampaikan ucaptama yang berjudul "Bersama Membentuk Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan" ketika menghadiri mesyuarat peringkat tinggi "bersama membincangkan dan membentuk komuniti berkongsi nasib" di Palace of Nations, Geneva pada 18 Januari lalu.

Dalam ucapan itu, saranan Presiden China mengenai pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan demi situasi menang-menang telah mendapat penghargaan yang tinggi daripada masyarakat antarabangsa.

Pakar pelbagai negara berpendapat bahawa konsep dan saranan berkenaan mencerminkan kebijaksanan China serta menggambarkan aspirasi dan harapan masyarakat, di samping menunjukkan arah bagi meneroka laluan baharu demi pembangunan sejagat.

Penyelidik utama Pusat Penyelidikan Isu Strategik Asia Timur Laut dan Pertubuhan Kerjasama Shanghai, Institusi Timur Jauh Akademi Sains Rusia, Vladimir Matveev berkata, saranan bagi membentuk komuniti berkongsi nasib sesama insan yang bertujuan untuk mewujudkan pembangunan dan kemakmuran bersama di setiap negara telah mendapat pujian daripada kebanyakan negara di dunia.

Menurut pakar isu antarabangsa Itali, Giancarlo Panalera, saranan Presiden Xi itu jelas menggambarkan sikap tanggungjawab negara besar, selain memberikan buah fikiran yang bernas kepada dunia.

Pengarah Pusat Penyelidikan China, Institut Sejong Korea Selatan, Lee Tae-Hwan pula berkata, Presiden Xi telah menganjurkan pembentukkan dunia yang aman dan damai serta selamat berdasarkan prinsip berunding bersama, membangun bersama dan berkongsi.

Beliau amat bersetuju dengan saranan itu dan menganggap isu Semenanjung Korea perlu diselesaikan melalui dialog dan rundingan pelbagai pihak terbabit.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China