Cari:
PM Li Bertemu Pakar Asing Sempena TBC
2017-01-21 14:18:19 CRI Cetak

Menjelang Tahun Baharu Cina (TBC), Perdana Menteri China, Li Keqiang telah bertemu mesra dengan sebahagian wakil pakar asing yang bertugas di China.

Li Keqiang terlebih dahulu bagi pihak kerajaan China mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua pakar asing yang bekerja di China dan sahabat antarabangsa yang memberikan sokongan kepada pemodenan China.

Setelah mendengar pendapat dan cadangan pakar-pakar mengenai beberapa isu, Li Keqiang menyatakan bahawa berdepan tekanan besar daripada kemerosotan ekonomi antarabangsa dan domestik, ekonomi China kekal mapan dengan kadar pertumbuhan tahun 2016 mencatat 6.7%, sekali gus menyumbang lebih 30% kepada pertumbuhan ekonomi dunia. China penuh keyakinan dan mampu mengekalkan momentum pertumbuhan yang baik pada tahun ini.

Li Keqiang menyatakan bahawa China akan meneruskan pembaharuan dalam pelbagai sektor, serentak itu mempercepat penaiktarafan ekonominya.

Beliau turut menyatakan bahawa China dengan tegas menyokong liberalisasi dan pemudahan perdagangan dan pelaburan, dan akan aktif menarik pelaburan asing.

China mengalu-alukan pelabur asing meneroka pasaran China dan menyertai pembangunan China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China