Cari:
25 Maut Serangan Bom di Pakistan
2017-01-22 14:55:44 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh, manakala lebih 50 lagi cedera dalam serangan bom yang berlaku di sebuah pasar di wilayah Kurram yang terletak di persimpangan barat laut Pakistan dan Afghanistan pada pagi 21 Januari lalu, demikian menurut sumber media Pakistan.

Menurut pihak tentera Pakistan, bom berkenaan diletakkan dalam satu peti buah epal di pasar tersebut dan diletupkan dengan alat kawalan jauh apabila ramai penduduk sedang membeli-belah.

Pasar tersebut telah ditutup selepas berlakunya serangan bom berkenaan.

Kumpulan militan Tehrik-i-Taliban Pakistan (TTP) mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu.

Serangan tersebut dilakukan bagi membalas dendam terhadap tindakan Pasukan Antikeganasan Pakistan yang menembak mati ketua kumpulan militan Lashkar-e-Jhangvi (LeJ) sebelum ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China