Pada hari Donald Trump mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-45 kelmarin, laman web Rumah Putih telah menyiarkan enam sasaran utama kerajaan baharu, yang kandungannya merangkumi membaharui rancangan sumber tenaga, menyemak semula dasar luar, menambah peluang pekerjaan dan merangsang pertumbuhan ekonomi, meningkatkan kekuatan tentera, memperketat penguatkuasaan undang-undang serta mengadakan semula rundingan perjanjian perdagangan.
Dalam pada itu, kandungan mengenai ekonomi antara yang paling menarik perhatian umum, seperti berundur daripada Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP), mengadakan semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA), berusaha agar pertumbuhan ekonomi tahunan mencatat 4 peratus, menawarkan 25 juta peluang pekerjaan dalam tempoh 10 tahun akan datang, mengurangkan cukai pendapatan individu dan syarikat serta memudahkan sistem percukaian, di samping meningkatkan pendapatan sumber petrokimia bagi memastikan pembangunan prasarana.
Penganalisis berpendapat bahawa kerajaan AS akan lebih komited kepada penguatkuasaan undang-undang dalam bidang perdagangan.
Hal tersebut dijangka akan menyebabkan konflik perdagangan antara AS dengan negara lain terus memuncak.