Cari:
Pengguna Internet melalui Telefon Pintar Terus Meningkat
2017-01-23 14:21:12 CRI Cetak

Menurut Laporan Statistik Pembangunan Internet China ke-39 yang diumumkan Pusat Maklumat Internet China semalam, setakat Disember lalu, jumlah pengguna Internet di China mencatat 731 juta orang, antaranya pengguna Internet yang menggunakan telefon pintar mencecah 695 juta orang.

Kadar peningkatan itu melebihi 10 peratus selama 3 tahun berturut-turut.

Ketua Pengarah Jabatan Penyelidikan Pembangunan Internet Pusat Maklumat Internet China, Liu Xin berkata, peningkatan itu semakin stabil setelah mengalami peningkatan pesat selama hampir 10 tahun.

Namun, perkembangan Internet mudah alih masih merupakan faktor utama yang mendorong peningkatan jumlah pengguna Internet di China.

Selain itu, pengguna Internet melalui telefon pintar menduduki 95.1 peratus dalam jumlah pengguna Internet pada tahun lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China