Cari:
Tunjuk Perasaan Bantah Donald Trump
2017-01-23 15:00:56 CRI Cetak

Hanya dua hari selepas rasmi menjadi Presiden Amerika Syarikat (AS), pelantikan Donald Trump terus mendapat bantahan jutaan penunjuk perasaan dari seluruh dunia, termasuk 1.35 juta wanita yang berarak di Los Angeles, New York, Chicago, Denver dan Boston.

Tunjuk perasaan turut diadakan di lebih 20 buah bandar di dunia, termasuk Britain, Perancis, Jepun, Australia, Mexico, dan Norway.

Menurut penganjur, tunjuk perasaan berkenaan disertai kira-kira 750,000 orang di Los Angeles, 400,000 berarak di New York dan di Chicago, manakala sebanyak 200,000 men­yertai perarakan sama di Denver dan Boston.

Beberapa selebriti Hollywood turut mengambil bahagian, antaranya termasuklah Madonna, Scarlett Johansson, Ashley Judd, dan ramai lagi.

Kebanjiran golongan wanita di jalanan berikutan rasa tidak puas hati kumpulan aktivis terhadap kempen retorik dan tingkah laku Trump terhadap golongan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China