Cari:
WHO: Waspada Wabak Selesema Burung
2017-01-24 19:09:36 CRI Cetak

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Margaret Chan menyeru pelbagai negara agar berwaspada dengan wabak selesema burung dan segera membuat laporan bagi mencegah penularan wabak berkenaan.

Beliau berkata demikian dalam mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanakan WHO ke-140 di Geneva semalam.

Menurut beliau, sejak November tahun lalu, wabak patogenik H5N6 yang membawa virus selesema burung telah dikesan di hampir 40 buah negara dan kawasan.

WHO sedang meningkatkan kewaspadaan dalam menghadapi situasi tersebut.

Beliau berkata, virus selesema burung H5N6 yang mengakibatkan wabak penyakit berjangkit yang teruk di Asia terhasil daripada pertukaran antara empat jenis DNA virus selesema burung.

Beliau menegaskan bahawa menurut peraturan kesihatan antarabangsa, pelbagai negara perlu serta-merta membuat laporan, sebaik-baik sahaja mengetahui kewujudan virus berbahaya tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China