Cari:
AS Tarik Diri daripada Perjanjian TPP
2017-01-24 16:19:14 CRI Cetak

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam telah menandatangani perintah eksekutif untuk AS secara rasmi menarik diri daripada perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).

Ketika menandatangani perintah itu, Trump berkata ini merupakan "perkara yang amat baik" bagi pekerja AS.

Jurucakap White House, Sean Spicer dalam sidang akhbar semalam menyatakan bahawa perintah eksekutif tersebut menandakan dasar perdagangan AS telah memasuki fasa baharu.

Kerajaan Trump akan meneroka peluang perdagangan dua hala dengan rakan dan sekutu negara itu pada masa akan datang.

TPP dianjurkan oleh Washington dan dimeterai oleh 12 negara terlibat pada Februari tahun 2016.

Walau bagaimanapun, TPP dapat berkuat kuasa setelah diluluskan oleh badan perundangan negara-negara terlibat. Kini Kongres AS masih belum mengadakan pengundian tentang perjanjian itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China