Cari:
Agensi Pelancongan China Hentikan Kerjasama dengan Hotel APA Jepun
2017-01-25 11:00:14 CRI Cetak

Baru-baru ini, tindakan rangkaian hotel APA Jepun yang meletakkan buku sayap kanan dalam bilik hotel mereka, yang disebarkan melalui laman web telah mencetuskan kemarahan rakyat China.

Jurucakap Jabatan Pelancongan Negara China, Zhang Lizhong ketika diwawancara semalam menyatakan bahawa tindakan hotel APA tersebut merupakan provokasi terhadap pelancong China dan melanggar etika sektor pelancongan.

Pihaknya menentang sekeras-kerasnya perbuatan sedemikian.

Menurut beliau, perwakilan Jabatan Pelancongan Negara China ke Jepun telah mengemukakan representasi kepada pihak berkuasa Jepun dan menuntut hotel terbabit menarik balik semua buku berkenaan.

Sementara itu, Jabatan Pelancongan Negara telah mengarahkan semua agensi pelancongan untuk menghentikan kerjasama dengan hotel tersebut.

Di samping itu, pelancong China ke Jepun juga diminta supaya jangan memilih hotel tersebut sebagai tempat penginapan sebagai bantahan terhadap tindakan salah hotel itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China