Cari:
Parti Righteous Korea Selatan Ditubuhkan
2017-01-25 11:42:29 CRI Cetak

Parti Righteous yang terdiri daripada "kumpulan anti-Park Geun-hye" dalam parlimen Korea Selatan telah ditubuhkan semalam.

Penubuhan parti itu menandakan "struktur empat parti" dalam Parlimen negara itu telah bermula.

Parti Righteous terdiri daripada 31 ahli parlimen yang keluar dari Parti Saenuri kerana menentang Park Geun-hye. Choung Byoung Gug telah dilantik sebagai pengerusi.

Pada hari penubuhan Parti Righteous, kumpulan pemimpin dan semua ahli parti itu telah meminta maaf kepada rakyat dengan berlutut dan menyebut kesalahan masing-masing.

Ahli Parlimen, Kim Moo-sung berkata, mereka meminta maaf kerana gagal menghalang Presiden Park Geun-hye daripada melanggar perlembagaan hingga berlakunya skandal "teman rapat mencampuri pentadbiran negara".

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China