Nikki Haley yang dicalonkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dilantik secara rasmi sebagai wakil tetap negara itu ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Pelantikan ini diluluskan oleh Senat AS semalam dengan 96 undi menyokong dan 4 undi menentang.
Ibu bapa Nikki Haley merupakan keturunan India.
Beliau yang dilahirkan pada tahun 1972, adalah antara Gabenor paling muda di AS dan wanita pertama yang dilantik sebagai Gabenor South Carolina.