Cari:
Gelanggang Luncur Ais Semula Jadi Terbesar Beijing Dibuka
2017-01-26 11:08:02 CRI Cetak

Gelanggang luncur ais semula jadi yang terbesar di bandar Beijing, iaitu Gelanggang Luncur Ais Taman Yihe telah dibuka kepada orang awam menjelang Tahun Baharu Cina 2017.

Ekoran suhu udara lebih tinggi daripada masa yang sama tahun lalu di Beijing, gelangang luncur ais itu dibuka lewat tiga minggu. Keluasannya pula kira-kira 500 ribu meter persegi, berkurangan daripada 700 ribu meter persegi pada tahun lalu. Walau bagaimanapun, gelanggang tersebut tetap gelanggang luncur ais semula jadi yang terbesar di bandar Beijing.

Sebanyak 30 orang peronda keselamatan turut disediakan bagi menjamin keselamatan pelancong.

Taman Yihe atau juga dikenali sebagai Summer Palace merupakan kompleks bangunan diraja pada zaman Dinasti Qing (tahun 1616 hingga 1911). Kompleks tersebut terletak di barat laut Beijing dan disenaraikan sebagai Warisan Kebudayaan Dunia pada 1998.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China