Cari:
Jawatankuasa Penganjur AWG Sapporo Tarik Balik Buku Sayap Kanan Hotel APA
2017-01-26 15:18:26 CRI Cetak

Jawatankuasa Sukan dan Olimpik Korea Selatan telah memberikan pengesahan kepada wartawan Agensi Berita Xinhua semalam, Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia Musim Sejuk (AWG) Sapporo Jepun telah membalas surat pihaknya, yang memaklumkan akan menarik balik buku sayap kanan dalam bilik hotel APA.

Hotel APA akan menjadi penginapan rasmi para atlet semasa temasya sukan tersebut berlangsung.

Selain itu, Jawatankuasa AWG juga komited akan mengambil langkah susulan bagi mencegah perkara seumpama itu berulang lagi.

Sukan AWG ke-8 akan diadakan di Sapporo dan Obihiro Jepun pada 19 hingga 26 Februari nanti. Lebih 230 atlet Korea Selatan akan menyertai sukan tersebut. Menurut jadual asal pihak penganjur, 170 atlet Korea Selatan akan menginap di hotel APA.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China