Tahun Baharu Cina merupakan pesta tradisional yang paling penting di China dengan sejarahnya sudah melebihi 4,000 tahun.
Pada ketika ini, rakyat China dan juga perantau Cina di seluruh dunia sedang sibuk membuat persiapan dan menanti-nantikan kedatangan Tahun Baharu Cina yang jatuh pada 28 Januari nanti.
Selain membeli barang keperluan perayaan, pelbagai tradisi turun-temurun juga dilakukan bagi memberikan harapan terbaik untuk tahun baharu, seperti menulis kuplet Tahun Baharu Cina dan menggantung tanglung merah.