Cari:
Donald Trump Gesa Bina Tembok di Sempadan Mexico
2017-01-26 11:15:51 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Presiden AS, Donald Trump semalam menandatangani arahan eksekutif untuk mengintensifkan langkah keselamatan di kawasan sempadan dan mengetatkan polisi imigresen. Selain itu, Presiden AS baharu itu turut berkata, pembinaan tembok di kawasan sempadan AS dengan Mexico akan bermula dalam beberapa bulan akan datang.

Dalam temu bual dengan wartawan ABC, Trump menyatakan bahawa tembok berkenaan akan direka bentuk dengan segera, manakala kos pembinaannya akan dibiayai oleh kerajaan dan kemudian dibayar semula melalui kaedah tertentu.

Jurucakap Rumah Putih, Sean Spicer dalam sidang media semalam berkata, usaha membina tembok berskala besar itu bukan untuk menunaikan janji dalam kempen pilihan raya presiden semata-mata, malah penting bagi mencegah kegiatan penyeludupan dadah dan pelbagai kegiatan jenayah yang lain serta kemasukan pendatang haram.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China