Cari:
Kerajaan Syria akan Banteras Kumpulan Pemberontak
2017-01-26 15:51:57 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Kerajaan Syria akan meneruskan operasi ketenteraan terhadap kumpulan pemberontak sekiranya mereka terus mengepung kawasan sumber air untuk penduduk bandar Damsyik.

Demikian dinyatakan Duta Syria ke PBB, Bashar Jaafari dalam sidang media yang diadakan selepas rundingan dua hari berhubung dengan isu Syria di Astana Kazakhstan semalam.

Menurut beliau, setakat ini sudah lebih 40 hari penduduk di bandar Damsyik yang berjumlah kira-kira 7 juta orang tidak memperoleh air minuman. Tentera kerajaan akan melancarkan operasi ketenteraan sekiranya masalah tersebut berlarutan.

Tambah beliau, pelbagai pihak dalam rundingan selama dua hari itu telah menyatakan persetujuan untuk melaksanakan gencatan senjata secara beransur-ansur.

Menurut kenyataan Kementerian Luar Syria, kumpulan pelampau telah memusnahkan kebanyakan pam air dan mencemarkan sumber air dengan diesel, sehingga menyebabkan 80 peratus bekalan sumber air berkurangan. 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China