Cari:
Bashar Sokong Genjatan Senjata Syria
2017-01-27 13:13:59 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Presiden Syria, Bashar al Assad berkata mempertahankan pelaksanaan genjatan senjata akan mendorong kedamaian dan kestabilan diwujudkan semula di Syria pada masa depan.

Bashar ketika ditemui Penolong Khas Menteri Luar Iran, Hossein Amir-Abdullahian di Damsyik pada 26 Januari lalu menyatakan bahawa beliau yakin pelaksanaan genjatan senjata akan menyediakan syarat penting kepada dialog pelbagai pihak yang didominasi oleh rakyat Syria sendiri.

Abdullahian berkata, kumpulan pengganas di Syria menjadi ancaman yang cukup besar kepada situasi keselamatan rantau ini. Iran akan terus menyokong kerajaan Syria daripada pelbagai aspek.

Kedua-dua pihak dalam pertemuan kali ini menyatakan sokongan mereka terhadap genjatan senjata yang dicapai atas bantuan Rusia dan Turki sebelum ini, selain terus bekerjasama untuk membanteras kumpulan pelampau, termasuk kumpulan militan Daesh.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China