Cari:
China Sedia Kukuh Perkongsian Strategik Komprehensif China-Rusia
2017-01-27 13:20:08 Agensi Berita Xinhua China Cetak
China menghargai penilaian positif yang dibuat oleh Menteri Luar Rusia, Sergei Lavlov terhadap hubungan bilateral China dan Rusia, dan bersedia untuk terus memperkukuh dan menggalakkan perkongsian strategik komprehensif dua hala, sekali gus menyuntik semangat bagi pembangunan dunia secara damai dan stabil.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying berkata demikian dalam sidang media di Beijing pada 26 Januari lalu.

Lavlov ketika membentangkan laporan kerja kepada anggota Duma baru-baru ini berkata, Rusia menyifatkan hubungan Rusia dan China sebagai contoh hubungan kuasa besar yang bertanggungjawab pada abad ke-21. Kerjasama diplomatik termasuk kerjasama yang dijalankan di bawah kerangka PBB antara kedua-dua negara dianggap faktor utama dalam usaha mengekalkan kestabilan seluruh dunia.

Sehubungan dengan itu, Hua berkata, perkongsian strategik komprehensif China-Rusia sedang berada dalam tahap yang paling baik dalam sejarah pada ketika ini.

Tegas beliau lagi, China sentiasa komited untuk membentuk dan membina hubungan kuasa besar yang stabil dan seimbang. Selain Rusia, China juga bersedia untuk mengembangkan hubungan kuasa besar model baharu dengan Amerika Syarikat pada masa hadapan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China