Cari:
PBB Sedia Bantu Tubuhkan Mekanisme Pemantauan Genjatan Senjata
2017-01-27 13:44:14 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Mesyuarat berhubung dengan isu Syria yang berakhir pada 24 Januari lalu membuat keputusan untuk menubuhkan mekanisma pemantauan bersama genjatan senjata Syria yang dicapai oleh Rusia, Turki dan Iran bagi memastikan pelbagai pihak terlibat dapat mematuhi genjatan senjata secara menyeluruh.

Demikian dinyatakan Stephen O'Brien, Naib Setiausaha Agung bagi Hal Ehwal Kemanusiaan PBB ketika memaklumkan situasi di Syria kepada Majlis Keselamatan PBB (UNSC) pada 26 Januari lalu.

O'Brien berkata, usaha tersebut boleh dikatakan telah mencapai kemajuan yang amat memberangsangkan. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bersedia untuk memberikan bantuan dalam usaha tersebut. PBB berharap agar pelaksanaan genjatan senjata yang terus diperkukuh di Syria dapat mewujudkan suasana yang baik bagi memulihkan semula rundingan damai yang bakal diadakan di Geneva. Walaupun situasi di Syria masih meruncing pada tahun ini, namun telah muncul sinar baharu di negara tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China