Cari:
Pemimpin China Adakan Jamuan Sambutan TBC
2017-01-27 14:41:14 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Jamuan sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) telah diadakan di Dewan Besar Rakyat di Beijing pada pagi 26 Januari lalu.

Presiden China, Xi Jinping dalam jamuan itu menyampaikan ucapan Selamat Tahun Baharu Cina kepada rakyat pelbagai etnik di China, saudara setanah air di Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, Wilayah Pentadbiran Khas Makau dan Taiwan serta perantau China di seberang laut.

Xi Jinping dan Perdana Menteri Li Keqiang serta pegawai kerajaan yang lain juga bersama-sama menyaksikan persembahan yang menarik.

Jamuan kali ini turut diserikan oleh kehadiran tokoh-tokoh parti demokratik, tokoh kalangan perindustrian dan perdagangan, wakil-wakil bukan golongan parti, pakar dan sarjana serta wakil pelbagai kalangan masyarakat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China