Cari:
Guterres Ucap Selamat Tahun Baharu Cina
2017-01-27 12:10:10 CRI Cetak

Sempena Tahun Baharu Cina yang bakal menjelang tiba, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), António Guterres melalui paparan video mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada rakyat China dan kaum Cina di seluruh dunia.

Guterres terlebih dahulu mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina dalam bahasa Inggeris, kemudian sekali lagi dalam bahasa Mandarin.

Beliau berkata, tahun ayam melambangkan segala tugas hendaklah dilaksanakan dengan lebih awal, selain bermakna bermulanya tahun yang baharu. Selain itu, tahun ayam juga menekankan kedinamikan dan keazaman dalam menjalankan tugas, di samping mengamalkan sikap yang bertanggungjawab. Semua kualiti tersebut akan membantu memotivasikan kita ketika berdepan dengan kesukaran.

Guterres menyeru agar tahun 2017 menjadi tahun kedamaian, dan semua pihak diharap agar bersama-sama berusaha untuk mengatasi serangan, memerangi sebarang tindakan yang mencabuli hak asasi manusia, membasmi kemiskinan dan menangani krisis yang lain.Yang lebih penting adalah membuat persiapan terlebih dahulu untuk mengatasi masalah yang tidak diingni berlaku.

Pada akhir ucapan, Guterres mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina dan terima kasih lagi dalam bahasa Mandarin.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China