Cari:
Delegasi China ke PBB dan Kedutaan Besar China di Pelbagai Negara Adakan Jamuan TBC
2017-01-27 13:01:02 CRI Cetak

Sempena ketibaan Tahun Baharu Cina, delegasi China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Kedutaan Besar China di beberapa negara masing-masing mengadakan jamuan untuk menyambut Tahun Baharu Cina bersama-sama dengan perantau, pelajar dan pekerja syarikat China.

Dalam jamuan delegasi China ke PBB, Wakil Tetap China, Liu Jieyi dan Naib Wakil Tetap China, Wu Haitao serta Timbalan Setiausaha Agung PBB, Wu Hongpo bersama-sama dengan pekerja China dan sahabat-handai yang berjumlah 300 orang menyambut Tahun Baharu Cina dalam suasana yang meriah dan penuh kegembiraan.

Dalam jamuan Kedutaan Besar China di Amerika Syrikat, Duta Besar China Cui Tiankai menyampaikan salam dan memberikan harapan yang baik kepada seluruh perantau, pelajar dan pekerja syarikat China di AS. Beliau menyatakan bahawa kerjasama merupakan satu-satunya pilihan yang tepat bagi kedua-dua negara pada tahun 2017.

Duta Besar China ke Laos, Guan Huabing dalam jamuan Tahun Baharu Cina berkata, China akan terus memperkasakan kerjasama yang saling menguntungkan dengan negara jiran dan berusaha membawa lebih banyak peluang kepada pembangunan negara jiran.

Selain itu, Kedutaan Besar China di Malaysia, Singapura, Lubnan, Sri Lanka dan Nepal juga telah mengadakan pelbagai aktiviti bagi menyambut Tahun Baharu Cina.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China