Cari:
Presiden Mexico Batal Pertemuan dengan Trump
2017-01-27 13:46:37 CRI Cetak

Presiden Mexico, Enrique Peña Nieto melalui akaun Twitter semalam memaklumkan, beliau tidak akan muncul dalam pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang dijadualkan pada 31 Januari ini di Washington.

Selain itu, beliau sekali lagi menegaskan bahawa Mexico berhasrat untuk menjalinkan kerjasama dengan AS dan berharap dapat mencapai perjanjian yang bermanfaat kepada kedua-dua pihak.

Trump, sebelum ini dalam Twitter pernah menyebut, sekiranya Mexico masih enggan membayar kos pembinaan tembok sempadan, adalah lebih baik pertemuan yang dirancang itu dibatalkan sahaja.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China