Cari:
Jepun Sedia Hadapi Ketidaktentuan dalam Rundingan Perdagangan Jepun-AS
2017-01-28 15:14:03 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Jepun sedang membuat persediaan untuk menghadapi ketidaktentuan dalam proses rundingan perdagangan antara negaranya dengan Amerika Syarikat(AS) selepas Presiden AS, Donald Trump menandatangani arahan eksekutif untuk AS secara rasmi menarik diri daripada rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) pada 23 Januari lalu. 

Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshihide Suga dalam sidang media pada 27 Januari lalu menyatakan bahawa negaranya bersedia mengadakan rundingan dengan AS dalam pelbagai aspek agar hubungan kedua-dua negara dapat diintensifkan.

White House pada 26 Januari lalu mengumumkan rancangan yang mengenakan tarif import 20 peratus ke atas Mexico untuk membiayai pembinaan tembok di sempadan AS-Mexico. Sehubungan dengan itu, Yoshihide Suga berkata, negaranya akan terus prihatin terhadap pengaruh yang diakibatkan hubungan perdagangan antara AS dan Mexico kepada perusahaan Jepun pada masa depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China