Cari:
Schwab Ucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada Rakyat China
2017-01-28 14:25:21 CRI Cetak

Pengasas merangkap Pengerusi Eksekutif Forum Ekonomi Dunia, Klaus Schwab semalam menyanjung tinggi ucapan Presiden China, Xi Jinping dalam majlis perasmian sidang tahunan Forum Ekonomi Dunia 2017 serta mengucapkan selamat Tahun Baharu Cina kepada rakyat China.

Schwab ketika diwawancara oleh wartawan Agensi Berita Xinhua China berkata, ucapan Presiden Xi tersebut telah memberi isyarat yang jelas iaitu China bersiap sedia untuk memainkan peranan peneraju yang dapat menyesuaikan diri dengan situasi semasa dalam usaha membantu pembangunan dunia yang lebih saksama, sama rata dan lestari.

Schwab menyatakan bahawa Presiden Xi dalam ucapannya telah mengemukakan cadangan untuk menyelesaikan masalah dunia semasa, mengesyorkan mempertahankan penyelarasan dan koordinasi dalam kerjasama antarabangsa, membentuk model kerjasama yang terbuka dan menang-menang.

Akhirnya, Schwab mengucapkan selamat Tahun Baharu Cina kepada rakyat China dengan mendoakan China makmur dan rakyat sejahtera pada tahun ayam.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China