Cari:
Pemimpin Pertubuhan Antarabangsa dan Beberapa Negara Ucapkan Selamat TBC
2017-01-28 15:13:49 CRI Cetak

Sebelum ketibaan Tahun Baharu Cina(TBC) 2017, pemimpin dari beberapa pertubuhan antarabangsa dan negara mengucapkan selamat Tahun Baharu Cina kepada rakyat China dan orang Cina di seluruh dunia dalam ucapan tahniah atau melalui rakaman video.

Perdana Menteri Britain, Theresa Mary May dalam ucapan tahniahnya melalui laman sesawang kerajaan memberikan harapan yang baik kepada mereka yang sedang menyambut tahun ayam di Britain, China dan pelbagai tempat di dunia. Beliau berharap Britain dan China memegang peluang tahun baharu ini untuk merapatkan hubungan dua hala, memperkasakan kerjasama dalam bidang perniagaan, dipomasi, pendidikan, pelancongan dan kebudayaan.

Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma mewakil kerajaan dan rakyat negaranya mengucapkan terima kasih dan menyampaikan harapan "yang paling mesra dan ikhlas" kepada perantau China dan orang Cina yang memberikan sumbangan positif kepada pembangunan sosioekonomi di negara itu. Serentak itu, beliau berharap Afrika Selatan dan China memperkasakan kerjasama pragmatik pada tahun baharu.

Selain itu, pemimpin-pemimpin termasuk Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, Presiden Pakistan, Mamnoon Hussain, Presiden Nigeria, Muhammadu Buhari, Presiden Czech, Miloš Zeman, Perdana Menteri New Zealand, Bill English dan Perdana Menteri Danmark, Lars Løkke Rasmussen juga masing-masing mengeluarkan ucapan selamat Tahun Baharu Cina.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China