Menurut perjanjian yang telah dicapai oleh tentera kerajaan dan kumpulan pemberontak sebelum ini, angkatan tentera kerajaan sekarang telah masuk ke kawasan Lembah Barada, iaitu tempat sumber air utama di barat laut Damsyik untuk menjalankan projek membaik pulih prasarana bekalan air. Manakala, kumpulan pemberontak akan berundur ke kubu mereka di wilayah Idlib, utara Syria.