Rusia dan Amerika Syarikat beriltizam untuk menggalakkan hubungan dua hala berkembang secara stabil dan menjalankan kerjasama untuk menangani isu-isu antarabangsa yang menjadi perhatian bersama pada masa hadapan.
Demikian dinyatakan kedua-dua pihak ketika Presiden Rusia, Vladimir Putin menghubungi rakan sejawatnya dari AS, Donald Trump menerusi telefon pada 28 Januari lalu.
Menurut sumber Istana Kermlin, Putin dan Trump masing-masing menyatakan kesediaan mereka untuk berkoordinasi secara proaktif agar hubungan dua hala distabilkan dan dikembangkan berdasarkan prinsip yang bersifat membina, sama rata dan saling menguntungkan.
Kedua-dua pihak sebulat suara bersetuju untuk menjalankan kerjasama perkongsian bagi menangani isu antikeganasan, isu Asia Barat, konflik Afghanistan-Israel, isu nuklear Iran, isu Semenanjung Korea dan krisis Ukranie.
Rusia dan AS turut berjanji akan bergembleng tenaga untuk membanteras kumpulan militan Daesh di Syria serta kumpulan pelampau yang lain.