Cari:
Trump, Abe Bincang Hubungan Bilateral
2017-01-29 15:20:30 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump semalam menghubungi Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe menerusi telefon untuk bersama-sama membincangkan hubungan AS-Jepun serta isu-isu serantau dan antarabangsa yang menjadi perhatian bersama.

White House dalam satu kenyataan pada hari yang sama menyatakan bahawa Trump menegaskan lagi komitmen keselamatan negaranya terhadap Jepun. Menurut kenyataan itu, AS dan Jepun juga akan mengintensifkan hubungan perdagangan dan pelaburan. Kedua-dua pihak juga bersetuju untuk mengadakan perbincangan dan kerjasama dalam usaha menangani isu nuklear Semenanjung Korea.

Shinzo Abe dilaporkan akan mengadakan pertemuan dengan Trump ketika membuat lawatan rasmi ke Washington pada 10 Feburari nanti.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China