Pasaran pelancongan di pelbagai tempat China semakin memuncak berikutan ketibaan musim perayaan Tahun Baharu China(TBC) 2017. Menurut jangkaan Jabatan Pentadbiran Pelancongan Negara China, jumlah pelancong mencatat 65.2 juta orang di seluruh China pada hari pertama Tahun Ayam, meningkat 14.7% berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Serentak itu, pendapatan pelancongan mencatat RMB 76 bilion yang meningkat 14.5%.
Semalam, jumlah penumpang kereta api menurun ke paras terendah dalam tempoh setahun yang lalu, namun jumlah penumpang penerbangan antarabangsa terutamanya penerbangan ke negara Asia Tenggara meningkat dengan pesat. Hal ini menandakan pelancong China ke luar negara mulai bertambah.