Cari:
Perintah Trump Timbulkan Bantahan Keras
2017-01-30 12:18:59 CRI Cetak

Ribuan penunjuk perasaan melakukan protes di hadapan bangunan Rumah Putih, Washington DC, Amerika Syarikat (AS) semalam bagi membantah perintah eksekutif sekatan imigresen yang dikeluarkan Presiden Donald Trump.

Perintah Trump menyekat pengunjung dari tujuh buah negara Islam daripada memasuki AS itu menimbulkan kemarahan di kalangan masyarakat setempat. Bantahan juga diadakan di lapangan terbang dan bandar raya di seluruh negara, termasuk New York, Los Angeles, Atlanta, Kansas City, Baltimore, Denver dan Seattle.

Biar pun begitu, pentadbiran Trump tidak akan berganjak daripada menguatkuasakan larangan imigresen ke atas rakyat dari tujuh negara berkenaan.

Pada Jumaat lalu, Trump menandatangani perintah eksekutif yang menggantung kemasukan semua pelarian selama 120 hari, terutama dari Syria dan melarang kunjungan rakyat Iran, Iraq, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yaman selama 90 hari.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China