Cari:
AS, Arab Saudi Setuju Bina Zon Keselamatan
2017-01-30 12:21:51 CRI Cetak

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan Raja Arab Saudi, Raja Salman bersetuju untuk menyokong pembinaan zon-zon keselamatan di Syria dan Yaman.

Menurut satu kenyataan Rumah Putih, kedua-dua pemimpin tersebut mencapai konsensus itu melalui satu panggilan telefon semalam.

Kenyataan yang dikeluarkan menyusuli panggilan telefon itu turut mendedahkan bahawa AS dan Arab Saudi bersetuju mengenai pentingnya untuk terus mengukuhkan sinergi bagi membanteras aktiviti pengganas dan menamatkan konflik di Syria dan Yaman.

Sebelum ini, Trump ketika diwawancara media AS berjanji bahawa beliau mahukan zon-zon keselamatan ditubuhkan supaya melindungi para pelarian Syria yang kehilangan tempat tinggal disebabkan konflik-konflik yang sedang berlaku di negara itu. Namun, langkah-langkah konkrit berkenaan belum diketahui.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China