Cari:
Ribuan Bantah Perintah Trump
2017-01-31 13:19:19 CRI Cetak

Tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menandatangani perintah eksekutif melarang kemasukan pelarian dan pelawat dari tujuh negara Islam menggemparkan dunia dan mencetuskan kemarahan di dalam negeri.

Baru-baru ini, rakyat AS mengadakan protes besar-besaran bagi menolak sekatan imigresen tersebut.

Beribu-ribu penunjuk perasaan membanjiri beberapa lapangan terbang utama di AS, antaranya termasuklah Lapangan Terbang JFK di New York dan Lapangan Terbang LAX di Los Angeles, sebagai tanda sokongan kepada imigran dan pelarian yang terjejas akibat sekatan perjalanan berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, bantahan besar-besaran juga dicetuskan di beberapa bandar raya di seluruh negara, termasuk New York, Washington DC, Houston dan San Francisco.

Pada Jumaat lalu, Trump menandatangani perintah eksekutif yang menggantung kemasukan semua pelarian selama 120 hari, terutamanya dari Syria dan melarang kunjungan rakyat Iran, Iraq, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yaman selama 90 hari.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China