Cari:
Aktiviti Ais dan Salji Jadi Pilihan Warga Beijing
2017-01-31 13:46:32 CRI Cetak

Aktiviti permainan ais dan salji yang terdapat di beberapa taman di Beijing menjadi pilihan utama penduduk tempatan sempena cuti Tahun Baharu Cina (TBC).

Dimaklumkan, Taman Taoranting adalah antara destinasi yang menyaksikan kehadiran pengunjung paling ramai, iaitu 13 ribu orang.

Acara-acara seperti kereta luncur bermotor dan gelongsor ais mendapat sambutan hangat daripada golongan kanak-kanak.

Selain itu, taman tersebut juga menyediakan seramai 60 jurulatih profesional untuk mengendalikan kursus kilat bermain ski.

Di Taman Beihai pula, acara berbasikal dan bermain bola sepak di atas ais adalah yang paling menarik.

Selain itu, Taman Yihe atau lebih dikenali Summer Palace dan Taman Zizhuyuan juga menerima kedatangan ramai pengunjung.  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China