Cari:
Obama Bersuara, Puji Bantahan terhadap Trump
2017-02-01 12:39:05 CRI Cetak

Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama buat kali pertama bersuara selepas berundur dari Rumah Putih, memuji usaha penunjuk perasaan menyatukan seluruh negara untuk menentang perintah imigresen Presiden Donald Trump.

Beliau dalam satu kenyataan Isnin lalu menerusi jurucakapnya menekankan peri pentingnya setiap warga negara AS memiliki tanggungjawab untuk mempertahankan demokrasi negara.

Menurut kenyataan tersebut, Obama pada dasarnya tidak bersetuju dengan diskriminasi terhadap individu hanya kerana kepercayaan dan agama mereka.

Walau bagaimanapun, beliau tidak merujuk perintah imigresen Trump, dan juga menolak perbandingan ke atas tindakan Trump baru-baru ini dengan keputusan dasar luarnya.

Sebelum ini, Presiden Trump berkata, perintah eksekutif sekatan imigresen berkenaan mempunyai kesamaan dengan keputusan pentadbiran Obama yang dikeluarkan pada 2011.

Bagaimanapun, keputusan Obama adalah berkaitan syarat dan tapisan ketat untuk memasuki AS tanpa visa, dan beliau tidak pernah mempertimbangkan sebarang larangan perjalanan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China