Cari:
Kenyataan Trump Disenaraikan Ancaman EU
2017-02-01 12:42:27 CRI Cetak

Presiden Majlis Kesatuan Eropah (EU), Donald Tusk menyifatkan tingkah laku dan kenyataan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump sebagai salah satu ancaman luaran yang dihadapi EU.

Dalam sepucuk surat ditujukan kepada pemimpin-pemimpin EU sebelum satu sidang kemuncak yang akan berlangsung di Malta, Tusk berkata, mereka perlu mengambil langkah luar biasa untuk kekal bersama disebabkan ancaman daripada pentadbiran baharu Amerika Syarikat (AS) menjadikan masa depan EU sukar dijangka.

Tambah beliau lagi, ancaman berbentuk dalaman disumbangkan sentimen anti-EU dan nasionalisme serta perubahan pemikiran golongan elit pro-Eropah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China