Cari:
Perintah Imigresen AS Digesa Digantung
2017-02-01 12:46:57 CRI Cetak

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menggesa supaya pentadbiran baharu Amerika Syarikat (AS) di bawah Presiden Donald Trump menggantung secepat mungkin perintah eksekutif sekatan imigresen yang dikeluarkan pada 27 Januari lepas.

Jurucakap PBB, Stephane Dujarric yang menyuarakan gesaan itu dalam sidang media semalam, juga membaca kenyataan Setiausaha Agung PBB, António Guterres.

Menurut kenyataan tersebut, setiap negara berhak mengendalikan sempadan mereka bagi mengelak kemasukan pengganas. Namun, tindakan itu bukanlah diambil berasaskan diskriminasi terhadap individu hanya kerana agama, bangsa atau kewarganegaraan.

Guterres berkata, tindakan yang diambil secara membabi buta itu biasanya adalah tidak berkesan, apatah lagi akan mengundang panik dan kemarahan, serta berkemungkinan merangsang kumpulan radikal menyebarkan ideologi mereka.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China