Rundingan damai mengenai isu Syria yang dijadualkan berlangsung pada 8 Februari ini ditangguhkan sehingga 20 Februari depan.
Keputusan itu diumumkan Utusan Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi isu Syria, Staffan de Mistura kepada pemberita selepas mesyuarat tertutup Majlis Keselamatan PBB (UNSC), semalam.
Menurut beliau, PBB mahu melihat gencatan senjata terus dilaksanakan di Syria, di samping memberi peluang kepada puak pembangkang di negara itu untuk mewujudkan barisan bersatu.
Minggu lepas, Rusia, Iran dan Turki mengadakan perbincangan di Astana, Kazakhstan dalam usaha untuk mengukuhkan pelaksanaan gencatan senjata di Syria.