Cari:
PBB Kecam Israel Bina Penempatan Baharu
2017-02-02 14:39:22 CRI Cetak

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengecam tindakan kerajaan Israel meluluskan rancangan membina 3,000 lagi penempatan haram Yahudi di Tebing Barat.

Setiausaha Agung PBB, António Guterres dalam kenyataan menerusi jurucakapnya semalam, telah meluahkan kebimbangan terhadap tindakan Israel memperluas penempatan Yahudi di tanah yang ditawannya dalam perang 1967.

Menurut kenyataan tersebut, PBB sekali lagi mengingatkan Israel agar tidak bertindak secara sepihak kerana perkara tersebut akan menjejaskan usaha pihak-pihak berkenaan dalam menjayakan inisiatif "Dua Negara" menerusi rundingan damai.

Guterres juga menggesa pihak-pihak terbabit agar memulakan semula rundingan berdasarkan resolusi Majlis Keselamatan PBB (UNSC) serta undang-undang antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China