Cari:
Sekatan Imigrasi Trump Terima Kecaman dari Dalam dan Luar Negara
2017-02-03 12:24:18 CRI Cetak

Sekatan imigrasi yang dikeluarkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengundang kecaman dari dalam negara itu, selain mendapat bantahan masyarakat antarabangsa. Beberapa negara yang terlibat dalam sekatan itu juga mengambil tindakan sebagai tindak balas.

Jurucakap Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric, pada 31 Januari lalu berkata, PBB berharap agar AS membatalkan sekatan imigrasi secepat mungkin. Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres juga menyatakan bahawa pelbagai negara berhak untuk melindungi kawasan sempadan daripada ancaman pengganas, namun perkara tersebut tidak boleh menjadi diskriminasi yang berasaskan agama, bangsa atau kewarganegaraan.

Peguam Negara Washington mengumumkan akan mengemukakan dakwaan terhadap Donald Trump atas sekatan imigrasi tersebut. Menurut beliau, arahan eksekutif Presiden itu telah melanggar Perlembagaan.

Lebih seratus pegawai diplomatik, wakil syarikat-syarikat besar, penggiat seni AS serta mantan Presiden AS, Barack Obama turut mengecam sekatan tersebut kerana bertentangan dengan moral dan nilai AS, di samping meningkatkan rasa tidak puas hati masyarakat antarabangsa terhadap AS.

Iraq dan Iran yang terlibat dalam sekatan imigrasi tersebut turut mengumumkan tindakan yang sama dengan sekatan imigrasi Trump.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China