Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Pelancongan Provinsi Fujian China, sempena cuti Tahun Baharu Cina (bermula 27 Januari hingga 2 Februari), jumlah pelancong yang melawat ke Fujian mencatat 18.6 juta orang, meningkat 20.8 peratus berbanding tahun lalu. Jumlah pendapatan mencatat RMB12.9 bilion (kira-kira RM8.3 bilion), meningkat 25.1 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Berdasarkan Laporan Kecenderungan dan Kepopularan Pelancongan pada Tahun Baharu Cina 2017 yang dikeluarkan oleh Institut Penyelidikan Pelancongan China bersama-sama dengan laman web pelancongan Ctrip, provinsi Fujian menduduki tempat kedua dalam senarai provinsi yang paling digemari oleh pelancong domestik sempena Tahun Baharu Cina kali ini. Manakala, bandar Xiamen di provinsi itu pula menjadi destinasi pelancongan kedua paling popular di China.