Cari:
Pengguna Kereta Api Di Beijing Lebih 4.1 Juta Sempena Tahun Baharu Cina
2017-02-03 13:59:12 CRI Cetak

Berdasarkan statistik yang diumumkan oleh Jabatan Pentadbiran Kereta Api Beijing semalam, setakat pukul 6 petang semalam, lebih 4.1 juta penumpang telah menggunakan perkhidmatan kereta api pada tempoh cuti tujuh hari sempena Tahun Baharu Cina yang lalu, meningkat 3.5 peratus berbanding tahun lalu, antaranya termasuklah 1.7 juta penumpang dari bandar Beijing, naik tujuh peratus.

Kereta api berkelajuan tinggi telah menjadi pilihan utama orang ramai pada musim cuti tersebut. Sebagai stesen kereta api berkelajuan tinggi terbesar di Beijing, Stesen Selatan Beijing telah menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada kira-kira 156 ribu penumpang pada 21 Januari lalu, manakala 145 ribu penumpang pula telah selamat tiba di stesen berkenaan dengan menaiki kereta api berkelajuan tinggi semalam. Kedua-dua data tersebut mencipta rekod baharu bagi Stesen Selatan Beijing dalam tempoh cuti Tahun Baharu Cina.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China