Gabenor Iowa yang dicalonkan sebagai Duta Besar AS ke China, Terry Branstad berkata, beliau berkeyakinan penuh untuk memainkan peranan yang konstruktif bagi menghapuskan perselisihan antara AS dengan China, dan mewujudkan situasi menang-menang bagi membawa manfaat kepada AS, China bahkan seluruh dunia.
Beliau berkata demikian ketika diwawancara wartawan Agensi Berita Xinhua China selepas menghadiri Konsert Sambutan Tahun Baharu Cina di Muscatine, Iowa, AS pada 1 Februari lalu.
Donald Trump mencalonkan Terry Branstad sebagai Duta Besar AS ke China setelah dipilih sebagai Presiden AS pada Disember tahun lalu. Terry Branstad akan menjalankan tugas sebagai duta besar secara rasmi setelah diluluskan oleh Kongres AS.