Cari:
Siasatan terhadap Cheong Wa Dae Ditolak
2017-02-03 11:14:58 CRI Cetak

Pasukan penyiasat khas Korea Selatan yang bertanggungjawab atas kes skandal "teman rapat campur tangan dalam urusan pentadbiran negara" sekali lagi mengemukakan permohonan untuk menjalankan siasatan terhadap Pejabat Presiden, Cheong Wa Dae, namun permohonan itu ditolak oleh Cheong Wa Dae.

Jurucakap Cheong Wa Dae, Jung Youn-kuk menafikan pihaknya bersetuju untuk disiasat oleh pasukan penyiasat khas tersebut, di samping menyatakan bahawa pendirian pihaknya dalam hal tersebut tetap tidak berubah. Presiden Park Geun-hye sentiasa menolak siasatan terhadap Cheong Wa Dae atas alasan keselamatan.

Dalam pada itu, jurucakap pasukan penyiasat khas itu, Lee Gyu-cheol dalam sidang media semalam memaklumkan, pihaknya akan menyiasat Cheong Wa Dae berdasarkan undang-undang. Siasatan melibatkan pejabat ketua setiausaha, hospital dan bilik pengawal.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China